Pengenalan Aplikasi


Aplikasi MeLGIS (Melaka Geographic Information System) adalah merupakan satu inisiatif Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka bagi memastikan sistem penyampaian berkualiti yang berteraskan perancangan jangka panjang di dalam perkhidmatan perancangan bandar. Aplikasi ini juga selaras dengan hasrat menjayakan salah satu strategi ICT diperingkat Negeri Melaka. Melalui aplikasi ini, agensi-agensi Negeri Melaka serta orang awam boleh mengakses data geospatial dalam satu aplikasi yang sama secara atas talian (online).


Aplikasi ini memberi penekanan kepada aspek penggunaan tanah semasa dan zoning Negeri Melaka secara menyeluruh merangkumi Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Konsep penggunaan dan perkongsian data geospatial juga mampu meningkatkan keseragaman dalam membantu agensi teknikal Negeri Melaka khususnya dalam merangka perancangan, polisi dan strategi pembangunan secara lebih berkesan.

Manual Pengguna (Muat-turun Video Manual Pengguna Aplikasi MeLGIS)

SOP Permohonan Pengguna Bisnes