DASAR PRIVASI

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.Sekiranya anda ingin mendaftar atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan jabatan/agensi JPBD Melaka untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari jabatan/agensi lain.


Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.


Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.


Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari geoportal ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau pendaftaran yang merupakan bahagian yang dilindungi dalam laman web ini.


Maklum Balas

Kami amat mengalu-alukan maklum balas/pertanyaan anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam geoportal ini, keperluan anda akan dimajukan kepada jabatan/agensi yang berkaitan.


Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di geoportal ini. Dengan melayari portal ini dengan kerap, anda akan dikemas kini dengan maklumat terkini, cara penggunaan portal ini dan bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain di dalam keadaan tertentu.


SUMBER MAKLUMAT/DATA

Data Geospatial yang digunakan adalah tertakluk kepada custodian data berdasarkan kepada metadata yang ada. sebarang perolehan dan penambahbaikan data dan atribut adalah melalui jabatan atau agensi yang terlibat.


DASAR KESELAMATAN


Keselamatan Maklumat

Pemegang maklumat adalah bertangggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan data yang diperolehi dan hendaklah dari masa kesemasa memastikan ianya tidak terlepas dengan apa cara jua pun ke tangan pihak yang tidak sepatut menerimanya.


Akta Rahsia Rasmi 1972

Sebahagian dari maklumat dan pemetaan berdigit termasuk dalam kategori maklumat yang dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Surat Pekeliling Am Jabatan Perdana Menteri Bil. 8 Tahun 1990 dan diberi pengelasan 'TERHAD'. Penerbitan semula, penjualan dan pengedaran tanpa mendapat kebenaran dari agensi yang berkenaan.